About Me Myspace Comments

Wednesday, May 26, 2010

++FAKTA : ADAKAH ITU CINTA?++

1. Org yg mencintai kamu tak pernah mampu memberikan
alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yg dia tahu, dimata dan hatinya cuma ada nama kamu.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih
dia tetap tdk peduli ! Baginya, yg penting kamu bahagia dan
kamu tetap menjadi impiannya.

3. Org yg mencintai kamu sentiasa menerima kamu seadanya.
Dihati dan matanya kamu tetap yg tercantik walaupun mungkin
kamu merasa, berat bdn kamu sudah naik. Haha,(akukah itu??)

4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’
dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan
“aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap
kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian
yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah
sesuatu yang berharga untuknya.
Dan saat itu, matanya pasti berkaca.
Kerana saat bersamamu itu tidak boleh dilupakan.

7. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang
selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS
atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu
- kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

8. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,
sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa
sangat gugup kerana kamu telah MENGGEGARkan dunianya !

9. Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali
dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.(aduh....malunyer!)

10. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan
kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu
terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. pening tak awk???

11. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka
ia akan mengajarimu dgn sabar. Walaupun kamu mungkin orang
yang terbodoh di dunia ! Bahkan dia begitu gembira kerana
dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak
dari menunaikan permintaan kamu walau
sesukar mana permintaan mu.

12. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan
menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan
SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan
atau bertahun-tahun atau berkurun-kurun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan
segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. patut check memang semua msg die....dlm hp die pun aku jer...yg lain dah padam

13. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya
atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya...i agree with this statement...


Adekah ini semua cinta? kalu sorg jer yg cinta camner? cam saiko lak....kan bahagia kalu due2 sesama berkongsi cinta.... baru besh...

No comments:

Post a Comment

~don't ever let go~

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker