Aku suke la benda2 camni buat aku lebih mengenali partner aku dan diri sendiri.... sume pun boley tgk ape yg korg rase diri korg ni...
ckin:wanita angin
kamar: wanita api
ckin:wanita angin
kamar: wanita api
WANITA ANGIN (Gemini, Libra & Aquarius)
Berterus-terang,
minda yg aktif dan gemar mencari kepelbagaian dlm aspek kehidupan.
Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi nan inovatif dan tiada
perkara yg mustahil dlm kehidupan mereka. Bergaya, tenang, tidak
cerewet, bersikap diplomasi, bekerjasama dan sanggup berkorban demi
kebaikan bersama. Gigih demi sebuah cinta yg unggul, suka menyelindung
perasaan sebenar dan sering dikenali atau diingati kerana sifat
romantik dan manja.
(betul la sgt tu....sape yg rapat dgn ckin mesti rase ckin pun camtu jugak....minda yg aktif tu yer...terbuka...there is no impossible thing in my life)
WANITA API (Aries, Leo & Sagittarius)
Dilahirkan
sebagai pemimpin. Kekuatan diri yg optimum dan lazimnya enggan menerima
pendapat individu lain walaupun ia benar. Seorang yg artistik, sukar
dijangka, romantis tetapi tidak pemalu. Personaliti yg suka menguasai,
mendominasi tetapi mengimbanginya dgn sifat pemurah, mesra dan obses
kpd subjek kegemarannya. Sifat berterus-terangnya melukai perasaan
individu lain, jujur dan awas, wanita api akan beralih arah jika merasa
amat tertekan. Oleh itu, berikan ruang peribadi yg cukup luas bagi
memastikan hubungan kekal berpanjangan.
WANITA AIR (Cancer, Scorpio & Pisces)
Mempunyai
sifat semulajadi berkembang maju. Dipandu intuisi diri, mudah simpati,
daya imaginatif, sentimental, tiada ketetapan perasaan dan
berhati-hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi individu sekeliling
dan pantas menangis untuk sebarang situasi yg menyedihkan. Mudah
terpengaruh dgn rentak emosi individu lain, juga diri sendiri.
WANITA TANAH (Taurus, Virgo & Capricorn)
Seseorang
yg boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. Penyabar dan bertolak
ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
Semangat produktif dan gigih yg disertai dengan sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah mampu mencapai kejayaan dlm perniagaan. Sifat
bijaksana dan pintar tersembunyi di sebalik raut wajah tenang
bersahaja. Sifat marahnya terkawal. Keteguhan dan kawalan diaplikasikan
dlm hubungan yg amat konservatif, serius dan sederhana. Tidah pantas
menyerlahkan sifat penyayang namun seorang kekasih wanita yg setia dan
berwibawa.
No comments:
Post a Comment